Global Component Asia, sebuah syarikat penyedia perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat awam dan tentera tempatan

23/05/2025

LANGKAWI: Global Component Asia, sebuah syarikat penyedia perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat awam dan tentera tempatan memperkukuh keupayaan aeroangkasa dan daya saing pertahanan negara dengan membangunkan kepakaran tempatan dalam bidang itu.
Ia dilakukan dengan kerjasama antarabangsa menerusi beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani semasa Persidangan Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA’ 25) sejak Selasa lepas.
Pengerusi GCA, Datuk Nonee Ashirin Mohd Radzi berkata, antaranya, termasuk perjanjian bersama CW Aero Services (CWAS) yang membolehkan jalinan kerjasama dilakukan untuk meningkatkan kehadiran Malaysia dalam sektor aeroangkasa global sekali gus menyumbang kepada pembangunan industri itu dengan lebih meluas.

FULL ARTICLE